|
|
|||
| Menara Petronas
Bangunan Parlimen |
Menara
Berkembar Petronas sebahagian daripada Pusat Bandaraya Kuala Lumpur
setinggi 452 meter boleh kelihatan lebih daripada 20 kim dari luar pusat
bandaraya. Mempunyai
88 tingkat dan telah
disahkan sebagai bagunan yang tertimggi diseluruh dunia oleh Lembaga
Bangunan-bangunan Tinggi Dan Habitat Bandar. Reka
bentuk bangunan ini direka oleh seorang arkitek ternama iaitu
CeaserPelli telah terpilih didalam pertandingan antarabangsa pada tahun
1991. Reka
bentuk lantai berdasarkan prinsip-prinsip geometric Islam.Reka bentuk
dalaman,corak-corak serta bahan-bahan telah dipilihkhas untuk
mencerminkan identity Malaysia. Tembok
utama ruang legar terbentuk daripada kayu lembut.Corak lantai batu
marmar diilhamkan daripada tenunan daun pandan dan corak tikar dinding
palma bertam. Sebuah
jambatan langit yang berukuran 58.4 meter diatas aras 41 dan 42
mencantumkan menara tersebut pada paras 170 meter dari bawah. Bangunan
tersebut ialah tugu nasional yang agung dan lambang keamjuan Malaysia
dalam mencapai status negara maju menjelang tahun 2020.
|
||